Daftar Syarikat Sdn Bhd dan perniagaan anda harini bersama DaftarNiaga.my

Assalamualaikum w.b.t &  Salam Sejahtera. Selamat Datang ke


DaftarNiaga.my. PEMUDAH CARA HAL EHWAL PENGURUSAN SYARIKAT ANDA

Kami sedia membantu anda dalam  urusan ;
 

1. DAFTAR PERNIAGAAN

A.     Daftar Syarikat Sdn Bhd

B.     Daftar Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Daftar Syarikat

2. SETIAUSAHA SYARIKAT (COMPANY SECRETARY) & PEGAWAI PEMATUHAN (COMPLIANCE OFFICER)

- Alamat berdaftar syarikat

- Penyediaan dan serahsimpan dokumen Syarikat

 

3. PENGURUSAN PERAKAUNAN DAN SIMPAN KIRA

- Penyediaan akaun perniagaan - bulanan/suku tahunan/ tahunan

- Latihan & nasihat – best accounting practices

 

4. SST

Laporan pengiraan cukai input dan output bulanan atau suku tahun

Laporan ringkasan audit

 

5. AUDIT & PERCUKAIAN

Audit tahunan syarikat Sdn Bhd

Rancang perbelanjaan cukai

Pengiraan dan taksiran cukai individu, perkongsian, syarikat

Serahsimpan borang retan cukai – Borang E, BE, B, CP 204, C, P dan lain-lain

 

6. PENGURUSAN ZAKAT

Pengiraan dan bayaran zakat pendapatan, wang simpanan, emas, perniagaan, dan lain-lain harta

Zakat Perniagaan Syarikat

7. LAIN – LAIN PERKHIDMATAN

Pendaftaran MOF dan Syarikat Status Bumiputra

Pendaftaran EPF dan SOCSO

Daftat perniagaan PBT

 

Hubungi Kami melalui : Telefon 011-56909613

atau Whatsapp :-


http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

 

 

Daftar perniagaan daftar syarikat Setiausaha Syarikat Perniagaan

#Daftar Syarikat, #Daftar Perniagaan

#Company Registration

#Daftar Syarikat

 

APA ITU PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD, PLT?

Submitted by admin on Mon, 04/13/2020 - 10:27

APA ITU PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD?

Masih ramai yang tidak tahu bahawa di bawah seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, terdapat suatu jenis pendaftaran perniagaan yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Syarikat Sdn Bhd dengan kos penubuhan / pendaftaran serta kos sara pengurusan tahunan yang lebih murah dan menjimatkan.

Itulah ia yang dinamakan PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD / LIMITED LIABILITY PARTNERSHIP (PLT/LLP).

Untuk makluman, PLT ini adalah dikawalselia di bawah peruntukan Akta dan Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Berdasarkan nama sahaja, kita sudah dapat mengecam bahawa ianya adalah sebuah Perkongsian sama seperti Perkongsian konvensional yang lain, cuma ada sedikit kelainan dari segi liabilitinya, di mana liabilitinya adalah terhad.

Apa maksud Liabiliti Terhad?

Perkongsian Liabiliti Terhad, PLT

Liabiliti terhad bermaksud liabiliti seorang usahawan / peniaga adalah terhad hanya kepada jumlah pelaburan yang sudah dilaburkan di dalam sesebuah perniagaan. Tatkala berlakunya bankrupsi atau insolvensi dalam perniagaan,  peniaga tidak lagi perlu menampung beban hutang dan tanggungan perniagaan, memadai dengan modal yang sudah pun dimasukkan sebagai modal pusingan perniagaan. Ini adalah kerana pemilik perniagaan serta perniagaan tersebut dilihat sebagai dua (2) entiti yang berbeza.

Untuk memahami lebih lanjut berkenaan Liabiliti Terhad ini, ayuh kita tengok contoh dan ilustrasi sebagaimana berikut :-

Nama Syarikat : Syarikat Selalu Rugi Sdn Bhd
Modal Saham : RM10,000
Hutang tertunggak : RM20,000

Mengambil contoh kes di atas, seandainya syarikat mengalami bankrupsi dan insolvensi, pemegang saham tersebut tidak perlu menambah wang peribadi untuk melangsaikan  hutang syarikat yang berjumlah RM20,000, memadai dengan  modal saham RM10,000 yang sudah dilaburkan itu.

Konsep yang sama juga terpakai untuk PLT, di mana liabiliti terhad ini merujuk kepada liabiliti ahli kongsi, dan mereka tidak perlu menambah wang peribadi untuk menampung beban hutang perkongsian tatkala menghadapi bankrupsi dan insolvensi.

Berikut adalah manfaat yang dinikmat oleh sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad berbandaing Syarikat Sdn Bhd., :

PLT VS SDN BHD

1- Kos yang jauh lebih murah dan jimat, iaitu kos penubuhan serta kos pengurusan tahunan kerana PLT tidak perlu menyerahsimpan Penyata Kewangan beraudit kepada SSM sebagaimana Syarikat Sdn Bhd.

2- Keputusan perniagaan dapat dicapai dan dibuat jauh lebih mudah tanpa perlu formaliti sebagaimana Syarikat Sdn Bhd, yang memerlukan Resolusi Pengarah, Mesyuarat Ahli Lembaga, dan pelbagai dokumentasi dan formaliti lain yang adak rumit. Ada kes, nak bayar bonus pun kena tunggu Pengarah balik bercuti untuk tandatangan.

Menarik bukan?

Menurut data, hanya terdapat lebih kurang 12,000 PLT yang berdaftar berbanding 1,196,000 Syarikat Sdn Bhd pada tahun 2016, menunjukkan betapa ramai usahawan khususnya di kalangan rakyat Malaysia khususnya yang masih belum tahu dan kurangnya pendedahan berkenaan kewujudan PLT ini.

Jadi, mengapa tunggu lagi?

Jom daftar PLT sekarang bersama Daftarniaga.my. Saya bantu anda ya..!

http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

 

Daftar Syarikat PLT

Mohd Hamdi Mohd Azmee

#DaftarSyarikatPLT,
#DaftarSyarikatSDNBHD,
#PendaftaranSyarikat
#SetiausahaSyarikat

Pendaftaran Syarikat di Malaysia kini dibuka semula selepas 2 minggu Perintah Kawalan Pergerakan Covid19. Business Registration in Malaysia resume after 2 weeks MCO due to Covid19.

Submitted by admin on Mon, 04/06/2020 - 08:01

SSM resume (gambar asal adalah hakmilik SSM)

Pendaftaran Syarikat kini dibuka semula selepas 2 minggu Perintah Kawalan Pergerakan. Ini lantaran Kenyataan Media oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dimana telah diaktifkan kembali portal MyCoid, iaitu portal bagi urusan berkaitan entiti syarikat bermula 2 April 2020.

Walaupun modul pendaftaran pengguna telah diaktifkan, pengguna baharu hanya boleh membuat pengaktifan setelah kaunter fizikal SSM kembali beroperasi bagi membolehkan verifikasi identiti dilakukan.

Selain MYCOid, perkhidmatan-perkhidmatan atas talian SSM yang lain juga telah mula diaktifkan secara berperingkat bermula 28 Mac 2020 lalu seperti portal pembekalan maklumat korporat SSM serta portal EzBiz Online yang juga beroperasi 24 jam sehari.

Oleh itu Tuan, Puan, suka cita dimaklumkan pihak kami www.DaftarNiaga.my, menyambung kembali perkhidmatan kami untuk mendaftarkan syarikat Sdn Bhd Tuan-Puan sekalian. Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran syarikat SDN BHD dan Perkhidmatan Pengurusan Syarikat sila hubungi kami di,

Hubungi Kami melalui : Telefon 012-9545506.

atau Whatsapp :-

http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

 

#Pendaftaran Syarikat, #Pendaftaran Perniagaan

#Company Registration, #setiausahasyarikat

#Daftar Syarikat #DaftarPerniagaan

Berita DaftarNiaga.my : Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 Bilion - Mari kita lihat apa yang diberi kerajaan kepada golongan Usahawan dan Korporat

Submitted by admin on Sun, 03/29/2020 - 09:58

Assalamualaikum semua, diharapkan Tuan-tuan dan puan -puan sihat dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.

Seperi yang kita ketahui wabak Covid-19 yang menular sekarang ini menuntut kerajaan untuk mengambil langkah penting untuk membendung penyebaran wabak tersebut. Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan adalah sangat mustahak dan perlu dalam situasi semasa.

Dalam masa yang sama, untuk menyerap kesan daripada tindakan tersebut, Kerajaan telah menyediakan pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu setiap rakyat yang terkesan.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, diumumkan pada  26 Mac 27, 2020 berjumlah RM250 bilion akan memberi manfaat kepada semua.

Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi, Daftar Syarikat

Bagaimana kesan dan bentuk pakej rangsangan ini kepada komuniti perniagaan? Kita lihat semula bersama-sama.

Di dalam Pakej [PRIHATIN] Matlamat 2: 'Sokongan Perniagaan'. (lihat info grafik berikut.) kerajaan telah menggariskan 12 perkara berikut iaitu ;

1. Tambahan RM3 Bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Khas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%.

2. Tambahan RM1 Bilion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.

3. Tambahan RM500 Juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran.

4. Pembiayaan sehingga RM300 RIBU untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 Tahun bawah skim BizMuda-i dan BizWanita-iI Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)

5. Kemudahan jaminan bernilai RM5 Bilion dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS, disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)

6. Program Khidmat Perundingan Majikan bawah KWSP yang merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan perjadualan semula sumbangan majikan.

7. MENGECUALIKAN pembayaran lev Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April 2020.

8. PENANGGUHAN pembayaran ansuran sukai pendapatan oleh PKS selama 3 bulan mulai 1 April 2020.

9. Pendapatan pihak bank dari FAEDAH ATAU KEUNTUNGAN ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya akan dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratarium.

10. MORATORIUM PEMBAYARAN PINJAMAN diperluas kepada TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

11. Membantu USAHAWAN B40 dibawah program kewangan sosial dalam bentuk modal permulaan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan.

12. Skim jaminan berjumlah RM50 BILION dengan jaminan sehingga 80% bagi tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja.

 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Banyak sekali manfaat dari Pakej Rangsangan ini kepada komuniti perniagaan, dan bergantung kepada pelaksanaan dan kerjasama semua pihak dan agensi yang terlibat agar pelaksanaannya dalam dibuat seberapa segera dengan licin dan berkesan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
** Hubungi kami hari ini, untuk pendaftaran syarikat anda atau perkara-perkara berkaitan pengurusan syarikat anda.. atau layari www.daftarniaga.my

Klik link http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

Shah,
DaftarNiaga.my

Teks ucapan penuh Perdana Menteri boleh dibaca melalui link berikut.

https://www.pmo.gov.my/…/teks-ucapan-perutusan-khas-pakej-…/

#DaftarSyarikatSendirianBerhad
#PakejRangsanganEkonomiPrihatinRakyat
#PREPrihatin
#BeritaDaftarNiagamy
#Covid19#PutuskanRangkaianCovid19, #STAYHOME

DAFTAR SYARIKAT SDN BHD KINI LEBIH MUDAH : SEGMEN INFO DAFTARNIAGA.MY

Submitted by admin on Sun, 02/18/2018 - 11:07

AKTA SYARIKAT 2016 : DAFTAR SYARIKAT KINI LEBIH MUDAH

Daftar Syarikat Sdn Bhd

Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, perbadanan Syarikat turut berevolusi dengan adanya medium seperti MYCOID dan SSM e-info, yang memudahkan urusan dan capaian maklumat Syarikat secara talian.

Terbaru, pengenalan Akta Syarikat 2016 bermula 31 Januari 2017 yang lalu dilihat sebagai langkah terbaik oleh kerajaan Malaysia khususnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam membantu dan memudahkan peniaga dan usahawan mentadbirurus syarikat.

Syarat Penubuhan Yang Lebih Mudah

Menurut Akta Syarikat 1965, minimum 2 orang penama diperlukan sebagai pemegang saham, dan dua lagi sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Kini, syarat penubuhan Syarikat Sdn Bhd adalah jauh lebih mudah di mana hanya seorang pemegang saham dan seorang pengarah diperlukan..

Perkara ini sangat membantu, khususnya usahawan yang berdepan masalah nama disenaraihitam oleh pihak SSM gara-gara penalti dan kompaun kesalahan Syarikat terdahulu. Dengan peruntukan syarat yang baru ini, pemilik mempunyai alternatif untuk menggunapakai nama isteri atau adik beradik sebagai penama tanpa perlu pening mencari rakan niaga yang lain.

Pilihan Untuk Mengadakan Perlembagaan Syarikat

Daftar Perniagaan

Menurut peruntukan Akta yang lama, Memorandum & Articles of Association (M&A) atau Perlembagaan Syarikat merupakan dokumen yang menyatakan secara jelas aktiviti perniagaan yang boleh dijalankan oleh sesuatu Syarikat. Namun, kini Syarikat tidak lagi terbeban dengan sekatan ini di mana Syarikat boleh menjalankan apa-apa jua bentuk perniagaan yang dianggap boleh mendatangkan keuntungan selagi mana ia tertakluk di bawah jenis-jenis perniagaan yang dibenarkan oleh Akta.

Sebagai contoh, Syarikat yang pakar di dalam sektor pertanian tidak lagi terkongkong untuk terus terlibat di dalam aktiviti perniagaan yang sama, sebaliknya Syarikat kini boleh menceburi bidang teknologi maklumat sebagai pelopor pemasaran produk pertanian untuk menembusi pasaran antarbangsa khususnya di era teknologi maklumat dan digital ekonomi.

Terdapat pelbagai lagi kemudahan dan kemudahan lain yang diperkenalkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 2016, seperti pengenalan “Superform” bagi menggantikan Borang 24, 44 dan 49 yang boleh mengelirukan, selain pemansuhan Mesyuarat Agung Tahunan yang membolehkan para pemilik perniagaan untuk menumpukan lebih perhatian terhadap perkembangan perniagaan, bukannya sibuk dengan birokrasi dan formaliti.

Akta Syarikat 2016 dilihat sebagai antara langkah proaktif kerajaan untuk menggambarkan imej Malaysia sebagai destinasi tumpuan perniagaan dan pelaburan dari luar.

Jom rakyat Malaysia, mengapa tunggu lagi? Ayuh rebut peluang dan daftar Syarikat Sdn Bhd anda sekarang bersama Daftarniaga.my

Hubungi kami hari ini.   Klik link http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

atau hubungi kami di talian: 012-9545506 . 

"Harap artikel ini membantu ya.. Terima kasih "

 

Daftar perniagaan
Boleh klik link ini untuk Daftar Syarikat anda ya
  Klik >  http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

Mohd Hamdi Mohd Azmee
Co-founder,
www.daftarniaga.my

#DaftarPerniagaan
#DaftarSyarikat

Company Registration in Malaysia, Secretarial, Taxation, Audit and Zakat Services

Submitted by admin on Thu, 02/01/2018 - 04:18
Daftar Syarikat, Daftar perniagaan, Start Business in Malaysia, Company Registration1

Assalamualaikum,

Hi I'm Shah, hope everyone here is in good health and enjoying peaceful urban life in Malaysia :).

We have a service to offer fellow site visitors who are looking to Set-up a proper company and get all the registration and secretarial job done. We would like offer our helping hand. We have helped setup and register several  local and foreign company getting their business ready in no time. Our services includes ;

1. COMPANY REGISTRATION
A. Register Private Limited / Sdn Bhd
B. PLT

2. COMPANY SECRETARY) & COMPLIANCE OFFICER.
- Company Registered Address
- Preparation and Handling of Company Documents

3. ACCOUNT MANAGEMENT AND BOOKKEEPING
- Prepares Company Account - monthly/quarterly/ annual
- Coaching and advice on best accounting practices

4. GST
Monthly and Quarterly Input & Output Tax calculation report .
Summary of Audit report
GST 03 Form and monthly and quarterly payment

5. AUDIT & TAXATION
Company Yearly Audit
Tax Expenditure Planning
Calculation and individual, partnership and company tax assessment
Lodgement of annual tax return form – Borang E, BE, B, CP 204, C, P and more.

6. ZAKAT MANAGEMENT
Calculation and payment of  Zakat, Gold and other

7. OTHER SERVICES
MOF Registration & COMPANY BUMIPUTERA STATUS
EPF and SOCSO registration
Business with Local Authorities Registration

for further enquires, i would like to invite fellow forum members to ;
1. call us at  +6012-954-5506

2. whaspp, please click the link below.  

http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

Regards,

Shah

Co-founder,
www.daftarniaga.my

 

Statcounter DaftarNIaga.my, We welcome vistiors to stay longer :)

statcount