Submitted by admin on Sun, 03/29/2020 - 09:58

Assalamualaikum semua, diharapkan Tuan-tuan dan puan -puan sihat dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.

Seperi yang kita ketahui wabak Covid-19 yang menular sekarang ini menuntut kerajaan untuk mengambil langkah penting untuk membendung penyebaran wabak tersebut. Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan adalah sangat mustahak dan perlu dalam situasi semasa.

Dalam masa yang sama, untuk menyerap kesan daripada tindakan tersebut, Kerajaan telah menyediakan pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu setiap rakyat yang terkesan.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, diumumkan pada  26 Mac 27, 2020 berjumlah RM250 bilion akan memberi manfaat kepada semua.

Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi, Daftar Syarikat

Bagaimana kesan dan bentuk pakej rangsangan ini kepada komuniti perniagaan? Kita lihat semula bersama-sama.

Di dalam Pakej [PRIHATIN] Matlamat 2: 'Sokongan Perniagaan'. (lihat info grafik berikut.) kerajaan telah menggariskan 12 perkara berikut iaitu ;

1. Tambahan RM3 Bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Khas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%.

2. Tambahan RM1 Bilion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.

3. Tambahan RM500 Juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran.

4. Pembiayaan sehingga RM300 RIBU untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 Tahun bawah skim BizMuda-i dan BizWanita-iI Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)

5. Kemudahan jaminan bernilai RM5 Bilion dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS, disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)

6. Program Khidmat Perundingan Majikan bawah KWSP yang merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan perjadualan semula sumbangan majikan.

7. MENGECUALIKAN pembayaran lev Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April 2020.

8. PENANGGUHAN pembayaran ansuran sukai pendapatan oleh PKS selama 3 bulan mulai 1 April 2020.

9. Pendapatan pihak bank dari FAEDAH ATAU KEUNTUNGAN ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya akan dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratarium.

10. MORATORIUM PEMBAYARAN PINJAMAN diperluas kepada TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

11. Membantu USAHAWAN B40 dibawah program kewangan sosial dalam bentuk modal permulaan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan.

12. Skim jaminan berjumlah RM50 BILION dengan jaminan sehingga 80% bagi tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja.

 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Banyak sekali manfaat dari Pakej Rangsangan ini kepada komuniti perniagaan, dan bergantung kepada pelaksanaan dan kerjasama semua pihak dan agensi yang terlibat agar pelaksanaannya dalam dibuat seberapa segera dengan licin dan berkesan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
** Hubungi kami hari ini, untuk pendaftaran syarikat anda atau perkara-perkara berkaitan pengurusan syarikat anda.. atau layari www.daftarniaga.my

Klik link http://www.wasap.my/601156909613/daftarniaga

Shah,
DaftarNiaga.my

Teks ucapan penuh Perdana Menteri boleh dibaca melalui link berikut.

https://www.pmo.gov.my/…/teks-ucapan-perutusan-khas-pakej-…/

#DaftarSyarikatSendirianBerhad
#PakejRangsanganEkonomiPrihatinRakyat
#PREPrihatin
#BeritaDaftarNiagamy
#Covid19#PutuskanRangkaianCovid19, #STAYHOME

Stat

var sc_project=12168901; var sc_invisible=0; var sc_security="2efc005c"; var sc_https=1; var scJsHost = "https://"; document.write(""); Image removed. statcount

Statcounter DaftarNIaga.my, We welcome vistiors to stay longer :)

statcount